salam semua warga bloggerz ~~
Da lama x tgok wall ni.. niat nak menulis tp kesempatan x mampu dicuri.. pagi2 yang nyaman ni tetibe rasa nak post sebelum gerak gi ladang untuk tengok sihat ke anak2 cendawan sy kat sana...btw, ari ni saya nak cerita sikit pasal projek pertanian kami.. kami tgh usahakan projek cendawan jenis tiram kelabu di kabin Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk program penyeliaan pengalaman pekerjaan (SOEP) untuk semester 6 pendidikan Sains Pertanian di bawah penyelian prof, Yusof Ibrahim..
ni la rupa cendawan tiram kelabu
Cendawan
Cendawan adalah sejenis kulat yang senang tumbuh di negara-negara yang beriklim lembap. Iklim di Malaysia yang lembab sepanjang tahun bersuhu antara 25°C - 35°C dengan hujan sepanjang tahun menjadikan ia antara negara yang mudah untuk pertumbuhan kulat yang biasanya membiak pada batang-batang kayu reput. Kulat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis beracun(tidak boleh dimakan) dan yang tidak beracun(boleh dimakan). Kulat cendawan jenis pengurai bahan reput(selulosa) tanaman kebanyakannya membawa nilai khasiat makanan dan kesihatan pada manusia. Cendawan mempunyai kandungan kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro. Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu . Cendawan mempunyai kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau. Ia sesuai dimakan oleh pesakit diabetis dan obesiti kerana ia rendah lemak. Terdapat 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan tetapi Di Malaysia hanya terdapat 7 jenis cendawan yang ditanam dan dikomersialkan. Antara jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran ialah Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju), Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida), Cendawan Abalone (Pleurotus systidiosus), Cendawan Shitake (Lentinus polytricha), Cendawan Telinga Kera (Auricularia plytricha), Cendawan Jerami Padi (Volvoveilla volcacea) dan Cendawan Butang (Agaricus spp). kumpulan kami memilih jenis cendawan tiram kelabu untuk dikomersialkan.
kenapa memilih cendawan tiram kelabu ?
Penyediaan bahan
- Bahan yang digunakan untuk menyediakan media cendawan ini ialah habuk kayu getah, dedak padi, kapur pertanian dengan nisbah (100:10:1) dan kelembapan air 75 peratus.
- Sebagai contoh, untuk menyediakan 200 beg media, campuran yang diperluaskan adalah 100 kilogram (kg) habuk kayu getah, 10 kilogram (kg) dedak padi dan 1 kg kapur pertanian dan dicampurkan dengan air agar kelembapan campuran tersebut adalah 75 peratus.
Pembungkusan dan pengukusan
- Campuran media yang telah disediakan akan dimasukan ke dalam beg plastik polypropylene (PP) yang berukuran 30 sentimeter (sm) x 10sm x 10 sm dan dipadatkan.
- Penapis udara dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup (cap) beserta dengan span.
- Beg PP ini perlu dikukus selama 8jam pada suhu 1,000 darjah C dan kemudian disejukkan pada suhu bilik selama 48 jam (dua hari).
Penyuntikan benih dan pemeraman
- Sebelum kerja penyuntikan dijalankan, langkah kebersihan perlu dijalankan iaitu kebersihan diri, bilik suntikan dan pastikan tiada kotoran atau habuk serta membuat semburan larutan basmi kuman seperti Dettol, Lysol dan Jeypine.
- Peralatan suntikan adalah spatula/dawai.
- Penyuntik, spirit,lampu, pemetik api dan pelindung pernafasan.
- Tangan perlu dicuci dengan larutan basmi kuman dan pakai pelindung pernafasan.
- Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit dan bakar.
- Panaskan mulut botol benih dan leraikan benih dengan dawai penyuntik.
- Suntikan lima hingga lapan gram benih cendawan bagi setiap beg PP dan tutup beg PP dengan penutup dan disusun di bilik pemeraman.
- Bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan penyuntikkan.
- kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benih yang kurang baik. Penyuntik perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih.
Pemeraman
- Proses pemeraman dijalankan dalam bilik biasa yang mana micelium akan dibiarkan merebak hingga memenuhi keseluruhan media substrat.
- Proses ini pada kebiasaannya mengambil masa 50 -60 hari dimana beg PP yang rosak atau tercemar akan diasingkan dan beg PP yang elok akan dipindahkan ke bilik penghasilan.
Penghasilan
- Selepas empat hingga lima hari penutup pengudaraan dibuka, putik cendawan akan kelihatan.
- Selepas cendawan tumbuh dan hasil cendawan tersebut dikutip, hasil cendawan tersebut bolehlah dibungkus mengikut kesesuaian.
- Selepas cendawan dipetik, beg PP direhatkan selama tujuh hingga 10 hari dengan menutup semula permukaan beg PP dan dibuka selepas itu untuk kutipan hasil kedua dan seterusnya dengan cara yang sama hingga enam atau lapan kali kutipan.
- Suhu optimum dalam bilik penghasilan adalah 250 darjah C dengan kelembapan di antara 80 dan 95 peratus.
- Untuk mendapatkan keadaan sedemikian penyiraman perlu dijalankan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.
- Cahaya yang sesuai adalah adalah dalam keadaan yang mana seseorang boleh membaca tulisan akhbar di dalam bilik berkenaan.
Musuh dan penyakit
- Perosak utama adalah tikus, lalat, lipas, hama dan nematoda.
- ulat lain yang biasa menyerang media substrat adalah seperti Penicillium, Aspergillus danTrichoderma.
- Pengawalan adalah dengan menjaga kebersihan rumah cendawan dan rak-rak dengan menggunakan bahan kimia basmi kuman seperti Dettol dan Lysol setiap kali habis musim penanaman.
Peringkat pertumbuhan
Peringkat Pertama (Pertumbuhan Miselium)
* Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama lain membentuk miselium.
* Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan permukaan substrat.
* Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama lain membentuk miselium.
* Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan permukaan substrat.
Peringkat Kedua (Pembentukan Kepala Paku)
* Kepala paku seperti batang yang kecil mula terbentuk.
* Keadaan yang lembab dan cahaya diperlukan.
Peringkat Ketiga (Peringkat Matang)
* Strukturnya terbahagi kepada dua iaitu topi dan batang.
* Topi berbentuk seperti payung berwarna kelabu.
* Lamela berwarna putih di bahagian bawah topi.
* Batang tersangkut pada lamela yang menyambungkannya dengan topi
* Batang berwarna putih dan berbentuk separuh bulat.
* Diameter batang bergantung kepada substrat dan faktor-faktor
persekitaran.
* Normal diameter sekitar 5-15 cm.
* Topi berbentuk seperti payung berwarna kelabu.
* Lamela berwarna putih di bahagian bawah topi.
* Batang tersangkut pada lamela yang menyambungkannya dengan topi
* Batang berwarna putih dan berbentuk separuh bulat.
* Diameter batang bergantung kepada substrat dan faktor-faktor
persekitaran.
* Normal diameter sekitar 5-15 cm.
Tuaian hasil
- Cendawan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.
- Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya.
x sabar nak tgok beg2 cndawan penuh ngan cendawan
*Harapan yg menggunung : semoga cendawan2 kami sihat dan hidup dengan baik.. n bolehla merasa cendawan goreng tuaian sendiri..insyaallah..
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”
Insyaallah..semoga dipermudahkan segala urusan..okayla.. tggu update yg seterusnya tntg perkembangan cendawan kami..
No comments:
Post a Comment